Merapu sebentar bersama papan kekunci
Hari ini Ali demam.
Hari ini Ali sakit kepala.
Hari ini Ali rasa nak tidur sepanjang masa.
Hari ini Ali tidak dapat menjawab soalan quiz Sistem Pintar dengan lancar.
Hari ini Ali rasa sedih sebab kurang berkomunikasi bersama kawan-kawan yang disayangi.
Hari ini Ali makan tengah hari sorang sorang.
Hari ini Ali jalan macam zombi.
Hari ini hari Jei.
Hari ini agak panas.
Tetiba Rasa rindu dengan katil di "Home-sweet-home", Rasa rindu dengan Rimba, Rasa nak makan umai, Rasa nak makan linut, dabai, tebuluh dan rojak Dalat.
Rasa ya, bukan Ali.
Ali hanya mampu senyap sahaja hari ni, tidak tahu kenapa dan sebabnya.Nak kata malas nak berkomunikasi dengan orang sekeliling tak juga.
Apabila saya senyap:
1. Sesuatu buruk yang telah terjadi.
2. Tengah berfikir.
3. Tengah berimaginasi.
4. Malas nak berkomunikasi dengan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Ali patut rehat sekarang, sudah la demam, nak tidur akhir pulak tu.
Bila difikirkan balik, ada banyak kebaikan menimba ilmu tentang Tingkah Laku Pertubuhan Manusia (Human Organization Behavior) walaupun bukan subjek teras, generik atau elektif bagi pelajar FSKTM. Rasa rugi pulak sebab tidak menghadiri kelas itu pada 10 pagi Jei.
Adakah anda terfikir fikir akan maksud perkataan ini "Jei"?
Nak tahu lebih lanjut sila belajar BM (Bahasa Melanau). Kamus Melanau kan ada.
Rindu korang semua, rindu sangat...... :'(
Dan pabila mendengar lagu Penakut oleh Yuna, teringat pulak dengan si dia. Si dia yang comel, bulat, bulat dan bulat. Well, tak semua kau rancang akan berlaku. Mungkin nasib tak menyebelahi aku.
Setiap hari Ali terfikir fikir, ya, pasal Ibu Ali. Ibu seorang yang sangat prihatin, bukan saja kepada Apak, Asim dan Atik, tapi untuk semua keluarga keluarga yang terdekat. Sampai pada satu tahap, orang mempergunakan sikap prihatin Ibu untuk kepentingan diri sendiri. Ya, benar. Orang tersebut merupakan saudara lelaki Asim dan Atik. Walaupun benda buruk terjadi kepada Ibu, sikap prihatin Ibu tidak pernah pudar. Asim cuba untuk menjadi seorang yang prihatin, tapi usaha Asim gagal. Jika anda ingin menjadi orang yang prihatin, tahap kesabaran anda hendak lah kuat. Tahap kesabaran Asim tidak sekuat seperti tahap kesabaran Ibu. Untuk pengetahuan anda semua, Ali dan Asim adalah orang yang sama, selalunya keluarga panggil Asim, manakala kawan kawan panggil Ali. Asim masih ingat sewaktu zaman kanak kanak riang dahulu, sewaktu Asim berusia 9 tahun, Asim dihantar ke hospital untuk menjalani pembedahan, luka di kepala Asim perlu ditutup.
During those day in ward, my mom did something that will last forever in my memory, something a 9 years old kid couldn't do and comprehend himself, my mom stayed beside Asim from the beginning until the end of surgery.
Terima Kasih Ibu.
Ibu marah bila Asim buat salah.
Asim tau Ibu marah sebab Ibu prihatin dengan Asim.
Asim rindu dengan tengkingan Ibu.
Tapi, yang paling penting sekali,
Asim Sayang Ibu.
Ali Sayang Ibu.
<3
-END-
:')
ReplyDelete