Mak pernah pesan kat Ali,
"Be good to other, always. No matter how hard your situation right now, just be good to other, include the one who hurt you."
Sampai sekarang Ali ikut pesan awk, Mak. Sampai sekarang. Entah la sampai bila Ali dapat jadi baik dengan org lain, lagi2 dengan org yang pernah lukakan hati Ali.
Susah Mak, susah nak kekal jadi org baik, kadang kadang kena pijak, kadang kadang org tak hargai kita. Apa salah Ali dengan diorang Mak? Apa? Sebab niat Ali ke? Ali sentiasa harap org balas jasa baik Ali ke Mak? Memang niat Ali buat baik sbb nak diorang balas jasa Ali, dan Ali tak pernah ungkit pun kat diorang Mak. Apakah orang baik ni selalu ditindas? Selalu dilupakan? Kalau niat tu salah, apa sebab kita buat baik ngan org lain? Mohon minta pendapat korang yang arif, Ali ni jahil.
Sekarang Ali tertekan Mak. Ali tertekan dengan hidup Ali. Tiap kali bangun tido Ali menangis. Tiap kali Ali nak tido Ali menangis. Tiap kali Ali teringat akan hal tu Ali menangis Mak. Pernah terdetik dalam hati Ali, supaya ambik jalan mudah, iaitu "membenci org yang sakitkan hati Ali", bila Ali cuba benci org2 yg sakitkan Ali, Hati Ali rasa ringan, Hati Ali rasa bebas dari rasa sedih. Tapi Ali taknak benci org Mak. Ali taknak simpan rasa benci kat dalam hati Ali. Salah. Pernah jugak Ali nak cabut nyawa sendiri, sebab tak tahan dengan tekanan, bebanan yang Ali hadapi sekarang. Tak tahan dengan hidup. Tapi kalau Ali dah takda nanti, sapa nak jaga Mak, sapa nak jaga Abah, dan sapa nak jaga Adik, sapa nak sembang ngan Adik bila Ali dah takda nanti, sapa nak teman Abah gi kebun nanti? Rasa sabar masih ada dalam hati Ali, Mak. Ali tahu, kalau Ali bunuh diri nanti, Mak, Abah, dan Adik sedih. Mak, Abah, dan Adik akan susah kalau Ali dah takda nanti. Ali taknak korang sedih. Ali taknak susahkan korang.
Ali dah rasa takut nak hadap orang lain, takut hati Ali disakiti, takut Ali bertambah tertekan dengan hidup Ali. Ali takde kawan rapat Mak, Kawan2 semua kat Mukah. Kat sini semua busy buat kerja sendiri. Bila Ali ada masalah, Ali sentiasa cuba bergantung dengan usaha sendiri untuk selesaikan masalah, bila kawan ada, kawan tolong sekali, tapi jarang sbb diorang sibuk dengan hal sendiri. Ali dah tak mampu nak buka hati Ali dah. Sakit, perit, Ali dah tak tahan.
Ali dah hilang seseorang yang penting, seseorang yang Ali sangat sayang, bila Ali ada masalah, bila minda Ali kusut, Dia selalu ada dengan Ali Mak, dengar semua keluhan, dengar semua masalah Ali. Bila Dia ada masalah, Ali cuba tolong bantu semampu yang boleh. Bila Dia ada masalah, Ali cuba jadi pendengar masalah Dia, kadang2 Ali bagi nasihat dengan Dia. Tapi sekarang, Dia cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri Dia daripada Ali. Ali tanya apa salah Ali, Dia kata Ali tak buat apa-apa salah dengan Dia. Dia kata Ali takkan paham Dia. Dia kata better jadi kawan daripada kekasih. Tapi Ali tak rasa Dia nak jadi kawan Ali, bila Ali nak chat dengan Dia, dah tak macam dulu, dulu happy je, nak tau semua benda, banyak tanya soalan. Tapi sekarang, macam nak taknak je balas chat Ali. Apa salah Ali? Apa salah Ali? Ali baik sangat ke? Kalaulah Dia tak minta putus hari tu, memang Ali dah bagi tahu Mak pasal Dia, dan Ali bagitau niat Ali nak kahwinkan Dia, Ali nak dia jadi teman Ali sampai hujung nyawa. Itu janji Ali kepada Dia. Tapi sekarang, hajat tu tak tercapai. Ali pun dah tak dapat nak tunaikan janji Ali kat Dia. Ali redha Mak. Ali tak pernah buruk sangka dengan Dia. Mungkin Dia ada masalah lagi besar. Mungkin Ali sebahagian dari masalah yang dia hadapi sekarang. Mungkin Ali memang tak pernah memahami perasaan Dia. Ali sentiasa doakan Dia berjumpa dengan orang yang lagi baik dari Ali. Kalau Ali dibagi peluang kedua, Ali ambik peluang tu.
Mak selalu pesan, "Jangan lupa solat ye.". Sekarang Ali jaga solat, sebab dia jugak lah Ali jaga solat Ali. Sekarang Ali cuba belajar balik tentang bab solat ni, sebab Ali lupa. Ali mengaku, Ali tak pernah jaga solat Ali. Ali lalai, anggap solat tu buang masa Ali. Mungkin Allah yang tarik balik rasa sayang Dia kat Ali. Memang salah Ali. Hati Ali tak kuat. Ali kerap menangis dah sekarang, bila Ali tertekan, Ali menangis, bila Ali solat, Ali menangis. Sakit gila ya Allah.
Bila Ali dah takda nanti, maafkanlah salah silap Ali. Ali sentiasa maafkan korang yang sakitkan hati Ali. Kalau korang ada hutang dengan Ali, Ali halalkan. Ali taknak menyusahkan korang. Kalau Ali ada hutang ngan korang, bagi tahu lah, dan Ali akan bayar balik hutang tu. Mana tahu, mungkin hari ni hari terakhir Ali hidup di dunia ni.
Ali akan ingat pesan Mak, sampai hujung nyawa Ali.
So yeah, maybe this is my last post in this blog, maybe, Wallahu A'lam. Have a nice day ugais.
-END-
No comments:
Post a Comment